nuffnang ads

Selasa, 23 September 2014

jauhkan makanan dari lalat

lalat merupakan salah satu agen pembawa penyakit.apatah lagi jumlah lalat tersebut semakin hari semakin bertambah pula.perangkap lalat juga tidak mampu mengurangi jumlah lalat yang sering bertandang, apatah lagi dengan cuaca dan keadaan yang saban hari tidak menentu ini. tidak dinafikan serai wangi mampu menghalau lalat.tanpa kita mengetahui, kulit kayu manis juga mampu menghalau lalat selain digunakan dalam masakan seharian kita.







Bahan-bahan :
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • cheese cloth atau kain net
Cara-cara :

  1. Ambil kain net atau cheese cloth dan masukkan kulit kayu manis serta bunga lawang didalamnya.ikat dan jadikan seperti uncang.
  2. apabila selesai mengikat, letakkan uncang tersebut pada bahagian tengah meja makan.
  3. selain itu, uncang ini juga boleh diletak pada mana-mana bahagian dapur.


Rabu, 17 September 2014

kraf yang menarik !

untuk entri yang kedua ini saya ingin berkongsi satu laman web  http://learncreatelove.com/ . Bermacam aktiviti yang menarik minat terutama untuk kanak-kanak seawal usia . Apa tunggu lagi jom la lawat laman web ini. 





epal dari pinggan kertas. Menarik!


belon udara panas

holidaycrafts

dan pelbagai lagi kraf


sempena cuti sekolah ni boleh lah kalau ada kelapangan ajaklah anak-anak kita melakukan aktiviti berfaedah. Untuk melihat aktiviti yang menarik lagi bolehlah melayari laman web yang saya nyatakan tadi...selamat bercuti.....

petua di dapur : cara menghilangkan pahit pada sayur peria.


peria sememangnya amat pahit. Namun ia mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya peria katak yang dikatakan mampu menjadi ubat kencing manis dimana rasa pahit itu dapat membantu. Jadi bagaimanakah untuk menghilangkan rasa pahit peria walaupun pelbagai cara atau jenis masakan yang lazat telah diramuankan supaya tidak terlalu pahit. Diharapkan petua ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba !



sumber dari google.

Bahan-bahan :
  • Peria
  • Air secukupnya
  • garam
Cara-caranya :
  1. Potong peria nipis-nipis.
  2. kemudian rendamkan peria ke dalam air yang secukupnya untuk seketika.
  3. masukkan 1 sudu garam dan kacau sehingga rata. biarkan beberapa minit.
  4. bilas dan toskan sebelum dimasak.

# Diharapkan resepi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda :)